Art Detail | Ilham Gallery
There is No Explosive in This
 TAMBAH KE ALBUM
There is No Explosive in This
2007

Siri No Explosive in This termasuk karya yang dihasil dalam berbagai media, termasuk seni perlakuan (performance art) dan fotografi. Siri ini bermula dengan sebuah perlakuan di mana beliau menjemput seratus orang peserta membawa beg pakaian yang ditampal dengan perkataan THERE IS NO EXPLOSIVE IN THIS, di merata kota London. Beliau ingin menarik perhatian kepada suasana ketakutan yang menjadi sebahagian kehidupan harian di banyak tempat di dunia akibat berbagai ancaman. Tema yang disentuhi oleh beliau dalam pengkaryaan termasuk isu sempadan wilayah dan kehilangan manusia dalam perang yang tidak dijelaskan.

Maklumat
Media:
Arang atas kertas
Dimensi:
182 x 122 cm
Tarikh:
2007
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Shilpa Gupta
Tentang Shilpa Gupta

Lahir di Mumbai pada tahun 1976, Gupta menerima ijazah Sarjana Muda Seni Halusnya daripada Sekolah Seni Halus Sir Jamsetjee Jeejebhoy, Mumbai pada tahun 1997. Pengkaryaannya selalu berkaitan dengan media baru, termasuk mengguna Internet, skrin sentuh dan tayangan interaktif. Beliau berminat dengan persepsi manusia dan bagaimana informasi, yang ketara dan tidak ketara, disampaikan dan dibatini bersama kehidupan seharian. Karyanya melibatkan zon di mana makna dimainkan, sama ada pada sempadan, label atau pada idea penapisan dan keselamatan; beliau sering menjemput penglibatan audiens untuk menggalak penyertaan luas dengan isu-isu politik dan falsafah yang beliau terokai. Beliau telah menyertai baru-baru ini Biennale Venice dan Kochi-Muziris, dan karyanya pernah ditunjuk di beberapa galeri dan institusi sekitar Asia, Eropah, Australia dan Amerika Syarikat.