Art Detail | Ilham Gallery
Gita of Autumn II
 TAMBAH KE ALBUM
Gita of Autumn II
2005

Sebagai seorang pelukis dan penyair yang prolifik, Latiff meninggalkan kesan keasyikannya dengan puisi dalam lukisannya, dan begitu juga dengan siri Gita beliau — diilhami oleh penyair terkenal, Rabindranath Tagore. Karya seni Gita Latiff dibahagikan kepada empat musim: Musim Bunga, Musim Panas, Musim Gugur dan Musim Sejuk, menunjukkan peredaran masa. Dalam lukisan ‘Gita Autumn II’, Latiff melukis tentang keadaan manusia dalam bentuk metafiziknya. Sfera berpusar yang terapung dan bercantum sama sendiri sementara akarnya merembes ke tanah membayangkan bagaimana manusia berpusing dengan bumi ke dalam keluasan yang tidak terhingga. Duniawi digambarkan sebagai tidak dapat dipisah daripada yang teragung, manakala kedua-duanya tetap berbeza seperti sfera itu sendiri.

Maklumat
Media:
Cat minyak atas kanvas
Dimensi:
142.4 x 172.8 cm
Tarikh:
2005
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Abdul Latiff Mohidin
Tentang Abdul Latiff Mohidin

Abdul Latiff Mohidin (lahir 1941, Negeri Sembilan) seorang pelukis, penulis dan penyajak modenis Malaysia yang terkenal. Beliau menamatkan pendidikan rendahnya di Sekolah Melayu Kota Raja di Singapura, di mana beliau juga mengadakan pameran pertamanya pada tahun 1951. Pada tahun 1960 -1964, Latiff belajar seni di Hochschule fur Bildende Kunste (Kolej Seni Halus) di Berlin, Jerman. Beliau juga belajar seni cetak di Atelier Lacouriѐre di Paris, dan bawah biasiswa John D. Rockefeller III di Pratt Graphic Center di New York. Kembara Asia Tenggara beliau pada tahun 1964 memberi inspirasi kepada berbagai karya seninya. Siri karyanya termasuk Pago-Pago (1960-1969), Mindscape (1973, 1974-1983), Langkawi (1976-1980) dan Gelombang (1985-1993). Beliau telah mempamer di seluruh dunia, seperti di Berlin, Frankfurt, Bangkok, Singapura, New Delhi, New York, Sydney, Osaka, Montreal, Manila, Jakarta, Dublin dan London. Pada 2018, beliau menjadi artis Asia Tenggara pertama mempamer di Centre Pompidou di Paris. Latiff menetap di Pulau Pinang.

Sumber: Wikipedia

Bacaan Selanjutnya
  • T.K Sabapathy, ‘Voyage: Recent Painting by Latiff Mohidin’, dalam Voyage: Kembara Latiff Mohidin, PETRONAS, Kuala Lumpur, 2007.