Art Detail | Ilham Gallery
A Small Town at the Turn of the Century #26
 TAMBAH KE ALBUM
A Small Town at the Turn of the Century #26
2000

Karya ini adalah sebahagian daripada siri yang lebih besar yang mengandungi 40 buah gambar foto c-type berformat empat segi yang diambil di Port Dickson, kampung halaman Simryn Gill. Seperti yang dinamakan, gambar-gambar foto ini merakam secara buat-buat, detik-detik perubahan abad, di tempat-tempat biasa dan dikenali seperti di rumah kedai atau padang golf, dalam bilik tamu atau di tepi laut. Sebagai sebuah siri, imej-imej ini merumitkan secara lucu persoalan jati diri budaya, sejarah, kenangan dan perhubungan salingnya dengan alam. Muka yang ditutup dengan buah-buahan tropika seperti rambutan, durian, pisang atau manggis, semestinya memberi potret tidak munasabah. Buah-buahan berbagai jenis ini mengejek usaha untuk memahami seseorang itu dengan lebih tepat dan teliti dari segi jenis dan golongan.

Maklumat
Media:
C-print photograph
Dimensi:
91.4 x 91.4 cm
Tarikh:
2000
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Simryn Gill
Tentang Simryn Gill

Simryn Gill tinggal dan bekerja di dua tempat, Sydney, Australia dan Port Dickson, Malaysia. Pengkaryaannya yang meliputi fotografi konsepsual, arca, penulisan dan lakaran, menerokai memori, sejarah, hijrah manusia, budaya, tempat, landskap, dan pembangunan bandar. Beberapa projeknya melibatkan instalasi barang pungutan, tuangan acuan bahan pungutan, atau keratan kata-kata daripada pelbagai buku. Beliau berpameran luas, termasuk di Biennale Venice (2013); dokumenta 12 (2007), Liverpool Biennale (2006), Biennale Singapura (2006), Bienal Internacional de Arte Contempor neo de Sevilla (2006), Bienal de São Paulo (2004), Biennale Sydney (2002), Flight Patterns, MOCA Los Angeles (2000), Triennial Asia Pasifik ke 3 (1999), dan Transculture, Biennale Venice (1995). Beliau pernah mengadakan pameran solo di Galeri Moden Tate, London; Galeri Arthur M Sackler, Smithsonian; Galeri Seni New South Wales, Sydney, Australia


Bacaan Selanjutnya

Bahagian Pembelajaran
  • Orang-orang di dalam gambar-gambar tersebut adalah kawan kepada Simryn Gill. Beliau meminta mereka untuk memakai topeng buah tersebut. Adakah anda kenal dengan buah-buahan itu?

  • Walaupun buah-buahan tempatan ini senang diperolehi di Malaysia, kesemuanya berasal dari pelbagai tempat lain di dunia. Contohnya, tembikai berasal dari Afrika, dan betik berasal dari Amerika Tengah. Fikirkan tentang hubungan antara buah-buahan tempatan kita dengan tempat-tempat asal mereka. Adakah ini boleh digunakan untuk memahami masyarakat di Malaysia? Apakah makna menjadi orang pribumi di Malaysia?


Kegiatan


  • Terdapatkah isu-isu (sosial, politik, alam sekitar) yang anda rasa penting? Fikirkan tentang isu-isu alam sekitar (perubahan iklim), hak asasi manusia, bangsa, atau kesaksamaan gender.

  • Buat sedikit kajian terhadap isu yang anda pilih, dan hasilkan sebuah karya untuk meningkatkan kesedaran. Fikirkan tentang imejan visual yang sesuai untuk digunakan sebagai symbol kepada isu tersebut. Apakah warna-warna dan subjek yang boleh digunakan? Fikirkan tentang susun atur karya tersebut, dan bagaimana untuk menarik minat penonton terhadap isu tersebut.