Art Detail | Ilham Gallery
The Grass Eaters
 TAMBAH KE ALBUM
The Grass Eaters
1985

Sebagai seorang pelukis yang serba boleh, dalam sedekad dua yang lepas Wong Hoy Cheong telah dengan sengaja berpindah daripada pengkaryaan analog ke penglibatan yang lebih digital. Lukisan beliau dalam pameran ini adalah di antara lukisan yang dihasilkan semasa baru pulang ke Malaysia daripada pengajiannya di Amerika Syarikat. Seni lukis yang mempengaruhinya pada masa itu termasuk karya Diego Rivera, David Alfaro Siqueiros dan Hans Hoffman. Mengenai lukisannya, beliau berkata bahawa dia telah cuba memupuk suatu unsur luar (yakni lukisan cat) ke konteks Malaysia, tapi gagal. Dia pun beralih kepada bahantara yang melibatkan kerjasama dan berinteraktif yang dirasai lebih menepati konteks Malaysia. Anda boleh lihat bagaimana lukisan yang termasuk dalam pameran ini mencerminkan semangat aktivis beliau tidak kira apa medianya. Kedua-dua The Grass Eaters dan Old Tale Retold menegaskan lukisan figuratif sebagai sebuah aksi memberontak, menafi abstraksi dalam imejan penglibatan sosial dan politik yang lebih hebat.

Maklumat
Media:
Cat minyak atas kanvas
Dimensi:
163 x 210 cm
Tarikh:
1985
Kredit:
Koleksi Yayasan ILHAM
Hakcipta:
© Wong Hoy Cheong
Tentang Wong Hoy Cheong

Wong dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1960, dan memperolehi ijazah Sarjana Muda dalam kesusasteraan daripada Universiti Brandeis, Massachusetts pada tahun 1982, Sarjana Pendidikan daripada Universiti Harvard pada tahun 1984. Pada tahun 1986, beliau menerima ijazah Sarjana Seni Halus dalam Lukisan daripada Universiti Massachusetts di Amherst. Karya Wong mencabar pemerhati untuk menimbang semula tanggapan identiti etnik, keaslian bangsa, kolonialisme, dan sejarah masyarakat terpinggir. Beliau luas mempamer, termasuk di Muzium Seni Singapura (2011); Eslite Gallery, Taipeh (2010); Biennale Lyon (2009); Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur (2004 dan 1996). Beliau diberi Fellowship Residensi Pusat Bellagio oleh Yayasan Rockefeller (2011), dan juga dinamakan oleh Majalah Asiaweek sebagai di kalangan sepuluh orang Pemimpin Budaya Abad Baru (1999) dan Cornell University menamakan biasiswa di atas nama beliau kerana kerja-kerja pendidikannya.

Bacaan Selanjutnya